On Progress







Read Full...

Riang Ria di Aidilfitri 2

Raya kedua,sebelah pagi adalah raya utk zon kemaman.Tk banyak rumah jgk yg gua pegi dgn adik² ipar gua,abah mertua gua.Adalah sebijik dua rumah yg sempat gua pegi,sbb nya gua kena berkejar balik ke kuantan dan kemudian nya ke Chini pulak utk beraya dirumah mak angkat gua.


adik ipar gua,abah dan sedara dia org

Aziz,adik ipar gua yg hensem

Selesai di dadong Kemaman,dan beberapa tempat lagi,gua mula bersiap utk balik ke Kuantan dan kemudian nya mula gerak pergi ke Chini.
Gua gerak dari Kuantan utk ke Chini dlm kul 5 lebih,dan sampai lebih kurang dlm kul 6 lebih.Nk cite lebih tk reti la gua,sbb time gua tulis entry ni,gua tengah ngantuk sgt..haha..Apapun,ni ada sket gambar dari Chini gua letak.Selamat Hari Raya Mak,walaupon dia hanya mak angkat,tp gua tetap sayang mcm mak gua sendiri.



dee,yanie dan anak gua


ni lah Mak angkat gua.

Gambar org lain gua tk snap,sbb time tu gua malas.huhu..Lain tahun la.
Sampai disini saje lah entry utk kali ni,sambil² taip ni,tv3 tengah tayang drama bodoh² keldai lakonan Jasmin Hamid "Datin Wannabe",disebabkan drama ni lah gua langsung ilang idea nk menulis.Hakk Phuiih.huhu
Selamat Hari Raya.Raya jgn tk raya.Nanti nk raya lagi,pilihanraya kecil..haha.Wassalam.
Read Full...

Riang Ria di Aidilfitri 1




Suasana Hari Raya Pertama gua!Mereka-mereka ini adalah sebahagian dari ahli keluarga gua.Raya pertama sebenarnya gua dgn wife beraya di Kemaman,dan plan nya nk teruskan ziarah ke kawasan² kemaman pagi hari raya,dan melarat ke kuantan sebelah petang nya,tp last minute tukar plan,cause adik² ipar gua semua tak bangun tido,maka abah mertua gua kuarkan arahan supaya kami go to the next plan,iaitu pi beraya dikuantan.Maka sesudah solat hari raya,gua bertiga dgn wife gua dan Miqail,gerak pi Kuantan,nk beraya ke rumah abg sulung gua,pegi kubur mak dgn ayah gua,pi rumah kakak² gua,maka gambar² dibawah ni menceritakan suasana tersebut serba skit,nk snap banyak,malas tahap dewa.Next entry will be pic kt kemaman.InsyaAllah.


crocs raya gua dan wife gua

anak bujang gua dgn anak sepupu nya Aleesya

Anak bujang gua dgn teknik lembutkan badan

Sepupu Miqail

Abg sulung gua


Arnold Susahnakeja gua

Kakak dan abg ipar gua,anak² buah gua
Read Full...

Salam Eidulfitri 1430H

Alhamdulillah.Syukur dan puji dipanjatkan.Gua dibagi peluang lagi tahun ini untuk berpuasa dan berhari raya,kali kedua gua berpuasa dan berhari raya sebagai suami orang,dan kali pertama berpuasa dan berhari raya sebagai seorang bapak.
Walaupun secara peribadi,gua rasakan gua sangat failed dlm ibadah puasa tahun ni,sbb nya?Ianya terlalu peribadi utk gua tuliskan disini.Apapun,Allah s.w.t tetap menitipkan rasa sayang nya pada gua,walaupon gua bukan tergolong sebagai muslim yg waraq,Allah s.w.t tetap memberikan gua peluang saban hari dan tahun utk gua memperbaiki diri gua,alhamdulillah.
Tahun ni,anak sulung gua,Miqail diberikan dua pasang baju Melayu oleh kakak gua,selai kaler biru dan selai kaler maroon,maka gua dgn wife telah bersepakat dgn tema? baju raya family kami tahun ni ialah kaler maroon,haha.Tak pernah² gua pikir pasal nk pakai sedondon² ni.Anyway,gua rasa ianya tetap menyeronokkan hati orang² disekeliling hidup gua,dan jugak gua sendiri.
Tahun ni,cam jugak tahun yg lepas,raya pertama gua dan wife,mesti dijalankan di Kemaman,sbb bapak mertua gua dah keseorangan,dan adik² ipar gua yg dua org tu,mesti sgt mengharapkan kakak nya utk memeriahkan sebahagian raya dia org,dan gua jugak sebagai seorang abg ipar yg "bertuah",perlu menyediakan juadah pagi raya,mcm gak tahun lepas.Gua tak kesah pasal tu,gua mmg redha utk prepare seme juadah utk pagi raya,cam gak tahun lepas,dan InsyaAllah utk tahun² yg akan datang,jika gua masih dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t.
Gua,wife gua,kami dua org mmg dah tak punya mak,ditambah lagi gua sendiri dah takda bapak gak,so,raya kami agak biasa² saja,pon begitu kami tetap cuba yg terbaik utk menjadikan raya kami meriah mcm org lain gak.
Gua mmg tak pandai menulis mcm bloggers lain,so apapon coretan gua kt blog ni,hanya mengikut skala ikut sedap rasa gua saja,tkda guide dari sape²,takda guide dari mana²,utk menjadikan blog gua sentiasa menjadi ketagihan utk dibaca oleh org.
Apapon,gua tetap berterima kasih pada setiap manusia yg mengunjungi blog gua,menulis komen diblog gua etc etc,lu org semua gua appreciate.
Dan gua jgk nk ambik kesempatan ni,utk mintak ampon dan maaf,jika gua terkasar,termaki,tertulis mcm²,tertaip mcm²,gua bukan sedar dan tau kalau ada sape² yg terasa dgn gua,so secara pukal nya,gua mintak maaf pada semua yg pernah jenguk blog gua,dan belian merasakan blog gua ni sangat sampah!,gua mintak maaf pada lu.
Akhirulkalam...Selamat Hari Raya Eidulfitri.Maaf dari gua utk lu org semua.Selamat mengisi Eidulfitri dgn aktiviti yg sepatutnya.Amin Read Full...

kereta raya GUA


Hahaha.
Inilah cat baru keta gua!Sempena Eidulfitri tahun ni.
Selamat Hari Raya dan Ampun Maaf Zahir Batin buat kawan²,sedara mara,sahabat handai.
Yang nyata dan yg maya.Gua mintak ampun dan maaf atas segala kesilapan dan ke-khilafan gua. Read Full...

Seram



Bulan Ramadhan ni,gua mcm bz sket,cause dah ada family ni,kejap² berbuka rumah sedara mara adik beradik ipar duai,pak mertua etc etc.
Makin dekat² nak raya ni gua rasa semacam je bila drive,kiri kanan gua,seme org drive menonong je,gua kalo bawak anak bini,drive takat 80kmj je la,setanded tu je la,biar la org nk kata gua penakot etc etc.Mmg gua takot pon!!Kondisi keta gua bukan utk bawak laju pon.
Tapi serius taek!gua rasa seram jek drive time dekat² nk raya ni,ramai org drive tk ingat langsong kt nyawa,kalau takat nyawa lu tu,ada apa hal,gua tak kesah sangat,tp gua mushkil bila lu tk pikir nyawa org lain.Kalau nk memotong,fuh!kalah pelumba pro kt trek,main taram sedap mak nenek dia je,gua pulak kena beringat-ingat.
Ye lah,gua bukan muda lagi,baru kawin lak tuh,tak mo la anak bini gua mati sesia!Mmg ajal maut Tuhan dan set kan,tp gua sebagai suami dan bapak,rasa gak risau,malang bukan ada bau bhai.
Gua mmg jaga gua punya driving style,tp lu org tu yg gua risau,isk.Gua tak tau camne nk xplain,tak tau camne nk luahkan rasa tak puas hati gua pada pemanduan lu org yg gila kt luar sana nu.Mmg tahap bastard peringkat tertinggi.
Nama je Muslim@Islam dan sedang berpuasa,tp kalu bab potong memotong,perh..kus semangat,ilang akal ape.
Kalo lu org rasa berani sangat,keta power sgt,pegi test track la bhai,tak menyebabkan fatal pada org lain,jenis tk paham bahasa btol la lu org ni.
Kalau gua maki hamun tujuh lapan belas guni pon,keadaan ttp camtu jgk,dah mmg stail org Malaysia ni gamaknya time memandu,pak lebai pon bleh jadi road bully!!Mmg haram jadah!
Tapi bukan semua la,gua tk pukul rata seme org.Ramai yg memandu cukup berhemah,cuma kadang²,hemah tu jadi over sgt,langsong menyusahkan org gak!muhaha..
Lantak la korang,kalo Pak Menteri punya cakap pon korang tk dengar,cakap gua lagi la tak laku.Nasib la.Seme org terer memandu.
Selamat Hari Raya gua ucapkan pada seme org Islam!Buat pemandu kereta kt mesia,ingat² la kat nyawa org lain bila lu memotong!Nyawa lu lantak la,lu nak mampos lima enam kali pon,gua tkleh buat ape pon.Cuma lu kena ingat sama nyawa org lain sama,nyawa anak bini lu,nyawa anak bini org lain,nyawa nenek org lain.Ingat tu sket.Apa lu pikir lu punya keta dah cukup power sgt dah engine?
Bawak mati kaa itu engine?Tanam sama lu dlm kubor?Paling kuat pon engine power lu tu jadi halfcut je bila lu dah maut esok.
Wassalam.Maaf Zahir Batin. Read Full...

Baju Raya!!



Yes!Akhirnya baju raya gua dah sampai setelah menunggu beberapa hari,Sepakat Efektif menggunakan Pos Laju yg tk berapa laju..wahaha.Tq buat Sepakat Efektif kerana mengepos baju raya gua dan jugak majalah Gedung Kartun gua.
Ni lah baju raya gua utk tahun ni.Jangan tanya pesal gua tekad nk pakai baju ni je raya ni..haha.
Raya bermakna kita menyambut kemenangan,dan baju ni sakarstik tuk definasi kemenangan dari sudut pandangan gua sendiri.
Walaupon idop ni dibelenggu dgn bermacam ideologi(agama bukan salah satu drp nya) yg bermaksud utk menyekat kebebasan dan kemenangan manusia,tp jauh dalam hati gua,ada satu negara kecil yg bebas merdeka,iaitu "hati" gua,hati gua tk pernah dijajah,tk pernah dipaksa menerima ideologi songsang sang penguasa lahanat.
Maka bersesuaian lah gua pakai baju ni raya nanti,tp pakai kejap je lah,kang bini gua bebel lak..haha.
Selamat Menyambut Hari Kemenangan.Kebenaran akan datang jua satu hari nanti. Read Full...

Mirage Cyborg


How to convert satria 1.3 jadik Mirage Cyborg? Read Full...

Latest Update for incoming rebelious to be..


Read Full...

Muhammad Miqail






























Inilah Encik Muhammad Miqail.Menangis kurang,tido lebih,menyusu setiap satu jam. Read Full...

Untuk Generasi Ku II

Muhammad Miqail
Lahir pada 090509 jam 12:43 minit mlm Read Full...

Untuk Generasi Ku



Andai nya engkau ingin menangis
Apa yg hendak ditangiskan
Begitu pon air mata mu berdarah

Telah kering peluh ditubuh
Pakaian telah kian lusuh
Daun usia makin luruh ke bumi

Gugur daun menjadi baja
Gugur kita tak siapa hirau
Kita bukan golongan elit di kota

Orang tengah menghisap darah kita
Maka lintah darat berkuku besi
Kais pagi makan esok hari
Kau dihimpit amalan korupsi
Kau menumpang dibumi sendiri
Apa nasib generasi ku nanti...

Hendak mengadu pada siapa
Bicara kita tiada harga
Mereka menciptakan kasta berbeza

Dari mana datang nya lintah itu
Kerana harta kami kau perhamba
Kais pagi makan esok hari
Kau dihimpit amalan korupsi
Kau menumpang dibumi sendiri
Apa nasib generasi ku..

Kuturut kata menjadi kota
Tapi kata menjadi dusta
Yang kaya terus mengumpul harta
Hujung tanjung apa khabar nya

Andai nya engkau ingin menangis
Apa yg hendak ditangiskan
Begitu pon air mata mu berdarah

Gugur daun menjadi baja
Gugur kita tak siapa hirau
Kita bukan golongan elit di kota Read Full...

Finally


Finally,Doktor Adi mengesahkan setelah di scan semula,bahawa baby kami adalah boy.
Alhamdulillah.Apa²pon kurniaan dan amanah Allah S.W.T yg harus dijaga dan dididik sebaik mungkin.Perlu ditanamkan kasih sayang dan kecintaan pada Nya,pada Rasul nya.
Selamat Datang ke dunia yg penuh pancaroba ini Miqail Amir.Semoga kamu menjadi seorang insan yg berdiri teguh dijalan Allah,memperjuangkan Agama Allah.Ayah dan Ibu sentiasa bersama mu. Read Full...

Minda Orang Cina


Minda Orang Cina
oleh : Khalid Jaafar


SAYA dipelawa untuk menulis untuk surat kabar Cina. Bagi saya ini adalah suatu yang menyeronokan. Namun ia bukanlah suatu yang mudah.

Selama ini saya menulis dalam bahasa Melayu dan mereka yang membaca tulisan-tulisan saya adalah 90 peratus orang Melayu. Mungkin lebih dari itu. Sekarang saya akan menulis untuk orang Cina. Apa yang akan saya tulis, dan bagaimana?

Cara yang paling mudah bagi saya untuk memulakan ruangan ini adalah dengan menceritakan pencarian saya untuk memahami apa itu kecinaan atau penerokaan saya untuk memahami minda Cina.

Menurut hemat saya, di Malaysia orang Cina lebih berminat untuk mengetahui minda Melayu. Mungkin kerana kedudukan Melayu dalam politik dan kekuasaan. Tetapi orang Melayu kurang berusaha untuk memahami minda Cina.

"Orang Cina suka menipu"
Kerana tidak ada usaha ilmiah dan rasional untuk memahami minda Cina maka persepsi Melayu terhadap sikap orang Cina diselubungi oleh prasangka. Antara prasangka yang paling meluas adalah: “Orang Cina suka menipu.” Saya pernah mendengar alas an seorang bapa mengapa menghantar anaknya ke sekolah Cina. Katanya, “supaya bila besar nanti tidak ditipu oleh Cina.”

Melayu juga menganggap perpecahan di kalangan orang Cina itu olok-olok sahaja. MCA, Gerakan dan DAP akan bersatu untuk menjaga kepentingan kaum Cina. Prasangka seperti ini meluas dalam wacana politik Melayu. “Melayu jangan berpecah, kalau berpecah Melayu akan lemah dan akan hilang kuasa politik.” Kita semua tahu siapa yang menggunakan hujah ini.

Saya selalu bosan dengan hujah perpaduan ini. Maka saya pernah menulis satu rencana yang saya beri tajuk : “Elok Melayu Berpecah.” Sayang sekali, rencana tersebut yang saya kira amat bernas sekali tidak mempunyai pengaruh dan telah dilupakan.

Perpecahan selalu dilihat dengan negatif. Perpecahan kadang-kadang ada juga baiknya kerana memberikan kemungkin-kemungkin baru pada masyarakat membuat eksperimen dalam kehidupan sosial dan pemikiran. Ada bidalan Melayu yang berbunyi: “Kalau tidak dipecah ruyung mana akan dapat sagunya.” Dan ada juga pepatah Inggeris yang bermaksud: “Kalau tidak dipecahkan telur omelette tidak boleh dibuat.”

Benua Eropah suatu masa dulu bersaya di bawah pemerintahan yang dikenali sebagai Holy Roman Empire. Tetapi perpaduan itu pecah maka lahirlah negera-negara Eropah seperti yang ada sekarang. Tidak ada orang Jerman, Perancis atau Italy hari ini yang mahu kembali kezaman seperti Holy Roman Empire.

Bahkan kita tidak boleh memikirkan Eropah dan Barat mencapai tahap sekarang, iaitu dari segi perkembangkan pemikiran, falsafah, sains dan kemajuan politik tanpa perpecahan. Apakah perpecahan itu syarat untuk mencapai kemajuan? Ini adalah satu tesis besar yang memerlukan kupasan panjang lebar dan
mendalam.

Saya perlu membaca lebih banyak buku tentang tamadun, kebudayaan dan falsafah Cina kerana selama ini saya tidak banyak membaca buku-buku tentang tamadun Cina berbanding dengan pembacaan saya tentang tamadun Islam dan Barat. Tetapi dalam penerokaan saya tentang minda Cina saya terserempak sesuatu yang unik.

Kesatuan Cina
Cina satu-satunya tamadun yang berjaya mengekalkan kesatuan geografinya. Tamadun Yunani dan Rom yang menjadi asas kepada tamadun Barat tidak dapat mengekalkan kesatuan wilayahnya. Kotaraya-kotaraya yang menampilkan kekuatan ekonomi dan kreativiti tamadun Barat kini bukan Athen atau Rom. New York, Paris, London dan Munich – inilah jatung-jantung kebudayaan Barat hari ini.

Kotaraya Islam yang pertama adalah Madinah. Apabila kekuasaan politik berpindah kepada keluarga Bani Umayyah kota pentadbiran dipindahkan ke Damsyik (Damascus) di Syria. Apabila Bani Umayyah ditumbangkan oleh keluarga Bani Abbas dan membentuk dinasti Abassiah kota pemerintahan dipindahkan ke Baghdad.

Dinasti dan empayar Islam yang terakhir, dinasti Uthmaniah, dimansuhkan oleh pemimimpin Turki Moden Mustafa Kemal dalam tahun 1924, menjadikan Istanbul sebagai pusat pemerintahan. Islam pernah memerintah Sepanyol selama 300 tahun. Tetapi wilayah tersebut tidak dapat dikekalkan sebagai sebahagian dari dunia Islam.

Nasib tamadun Islam sama lebih kurang dengan tamadun Barat. Wujud konsep kesatuan tamadun Barat dan kesatuan tamadun Islam. Bahkan wujud nostalgia terhadap kesatuan tersebut. Dan nostalgia ini lebih mendalam dikalangan orang Islam.

Nostalgia terhadap kesatuan tamadun dan dunia Islam ini menjadi beban kepada umat Islam sehingga menjadikan mereka belum sepenuhnya berdamai dengan realiti Negara bangsa. Maka wujud gerakan, meskipun amat kecil, untuk menghidupkan kembali khalifah Islam global.

Nasib Tamadun Islam
Mengapakah tamadun Cina dapat mengekalkan kesatuan wilayahnya? Tamadun Islam hari ini bertaburan dengan entiti-entiti bernama Indonesia, Arab Saudi, Pakistan, Iraq, Malaysia, Palestin, Turki dan lain-lain. Tamadun Barat hanya tinggal pada semangat dan nilai. Tetapi kekuatan politiknya berpecah-pecah kepada Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, United Kingdom, Italy, Poland dan lain-lain.

Tetapi sejak Qin Shi Huang menyatukan China dan menjadi maharaja pertama, dan dinasti Qin digantikan dengan dinasti Han Negara Cina mengekalkan kesatuan geografinya. Dinasti silih berganti namun Cina kekal kehari ini. Tidak ada negara baru yang muncul yang berpisah dari negara asal. Saiznya mungkin berubah-rubah. Tetapi wilayah utamanya kekal. Ini adalah satu misteri kepada saya.

Saya sering mengajak kawan-kawan Melayu saya untuk melihat ke Utara – Ke Cina. Tetapi kawan-kawan saya lebih berminat untuk melihat ke Timur Tengah – ke Palestin. Bolehkah umat Islam belajar tentang perpaduan dan kesatuan dari Palestin? Palestin adalah contoh bagi umat Islam bagimana untuk berpecah, bukan untuk bersatu. Dan perpecahan tersebut adalah perpecahan yang menghancurkan, bukan perpecahan yang kreatif.

Umat Islam perlu keluar dari kepompongnya dan melihat keluar. Mereka perlu bersedia untuk belajar dari orang kafir. Suatu ketika dulu umat Islam belajar flasafah dan sains dari orang Yunani, orang Parsi dan India. Umat Islam semasa telah banyak belajar dari Barat.

Sekarang Cina sedang bangkit semula. Cina sudah bangkit sebagai kekuatan ekonomi. Dan saya yakin Cina akan bangkit semua sebagai kekuatan politik, ketenteraan dan kebudayaan. Bagaimana umat Islam dan orang Melayu dapat berhadapan dengan kebangkitan ini tanpa mengetahui minda Cina? Dan umat Islam masih melupakan sabda nabi mereka: “Tuntutlah ilmu hingga ke Negeri Cina.”

Penulis merupakan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD) dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR. Rencana ini pertama kali disiarkan di dalam akhbar Orientel Daily- Read Full...

Hari Keputeraan Insan Tercinta




Hari ini,12 Rabiul-Awwal,sejak beribu tahun yg lepas,umat Islam diseluruh ceruk dunia,menyambut ulangtahun kelahiran manusia tercinta,Rasullullah S.A.W.Susuk tubuh ini yg telah membawa cahaya kebenaran kepada seluruh umat manusia,susuk tubuh ini yg amat dikasihi oleh setiap umat manusia yg beriman dan percaya akan ada nya Allah,akan adanya syurga dan neraka.
Dialah Muhammad yg awal dan dialah Muhammad yg terakhir.Dialah cintamu,dialah yg kamu akan pertahankan dengan nyawa dan darah.
Salam Maulidur Rasul.. Read Full...

restless..

Read Full...

Raisya Amir

Finally..
Doktor Adi cakap,baby dalam kandungan isteri aku adalah baby girl,setelah discan.
Setelah masuk 7 bulan,baru lah anak aku menonjolkan diri nya,pon begitu doktor adi tak begitu pasti 100%,nampak samar² la pulok kata nya..
Apapon,ianya tetap kurniaan dan amanah Allah yg perlu dipikul oleh aku,menentukan/menunjukan jalan hidup yg diredhoi Allah S.W.T buat nya.
Semoga Allah memberi kekuatan,menunjukan jalan,dan memudahkan aku menunaikan amanah dan tanggungjawab nanti.InsyaAllah.

Read Full...

Malaikatmu.....


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan
lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu
akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya
jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan
bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa.. kasih sayang dan pengorbanan seorang IBU. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah satu-satunya harta yang tiada galang gantinya dunia dan akhirat...

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar....sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Read Full...

KELEBIHAN ORANG-ORANG YANG MATI SYAHID(SYUHADA')

Sahabat-sahabat yang dihormati,

Banyak ayat-ayat al-Quran dan hadith Nabi s.a.w yang memberitahu tentang kelebihan orang yang mati syahid.
"dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki;
(dan juga) mereka bersukacita Dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) Yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira Dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam Yang sedang berjuang), Yang masih tinggal di belakang, Yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (Iaitu) Bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
171. mereka bergembira Dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), Bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang Yang beriman".
AALI IMRAN=169-171

"dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya". AL-BAQARAH=154

RasuluLLah s.a.w bersabda;
Seorang yang mati syahid diberi enam perkara pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya:
1. Diampunkan semua kesalahannya.
2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.
3. Dikahwinkan dengan bidadari.
4. Diamankan daripada kesusahan kedahsyatan yang besar(pada hari qiamat).
5. Diselamatkan daripada seksa kubur.
6. Dihiasi dengan pakaian keimanan.
[Hadith Riwayat Bukhari).

Hadis riwayat Anas bin Malik ra.: Dari Nabi saw. beliau bersabda: Tidak ada satu jiwa pun yang mati dan akan memperoleh kebajikan yang menggembirakannya di sisi Allah karena dia dapat kembali ke dunia bukan karena untuk memperoleh dunia serta isinya kecuali orang yang mati syahid. Karena ia berharap dapat kembali lagi lalu terbunuh lagi di dunia, melihat besarnya keutamaan mati syahid.
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 3488

Hadis riwayat Jabir ra., ia berkata: Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, di mana aku nanti bila telah mati terbunuh? Beliau menjawab: Di surga. Lelaki itu lalu segera melemparkan beberapa buah kurma yang berada di tangannya, kemudian ia berperang hingga gugur. Dalam hadis Suwaid: Seorang lelaki berkata kepada Nabi saw. pada waktu perang Uhud
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 3518

Semoga ALlah memilih kita sebagai syuhada' satu masa nanti. tk..

Sumber asal : www.yusofembong.blogspot.com
Read Full...

Pusingan Pertama


"Tempat mandian@Bucket Seat Recaro? for Baby"


"Kelambu"


"Tempat Kurungan"


"Set Lepas Bersalin"

Read Full...

6 Bulan



Hari ni,utk kali yg ntah ke berapa,aku dan isteri tersayang berangkut lagi ke klinik,utk rutin biasa,cek perot la,apa lagi.Dah mmg kerja org mengandung la,seringkali kena jumpa doktor dan bidan utk melepas rindu..heh!!
Bulan ni dah masuk 6 bulan isteri tersayang pregnant anak pertama kami.Due nya dijangka pada 12hb May 2009.Aku agak xcited,tp tetap buat "gom" kontrol macho (yg tak berapa macho)
Setelah selesai urusan melepas rindu dgn bidan dan doktor,kami berangkat ke bandar,ronda² mencari barang persiapan utk menyambut baby,singgah di The Store Kuantan Parade,tinjau,belek,angkat,letak,bergaduh (sikit),pusing²,dan akhir nya inilah keputusan utk pusingan pertama shopping barang baby.



Yeah!Gambar menyatakan segala nya.



Read Full...
 

Free Blog Templates

Powered By Blogger

Blog Tricks

Powered By Blogger

Easy Blog Tricks

Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by inside my small boxes | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks